Kita mahu Palestin menang dan memperoleh kemerdekaan, tetapi adakah kita sudah bersedia untuk menanggung tanggungjawab yang datang selepas itu?
Buat saudara-saudari yang mengaku mereka termasuk orang-orang yang berserah diri kepada Allah, yakni muslim dan muslimat.
Alhamdulillah kini kita sedar kezaliman yang dialami rakyat Palestin dan kaum-kaum lain di serata dunia. Saban hari kita mendengar laungan untuk membebaskan Palestin, mendemokrasikan semula negara-negara Arab, dan menghidupkan balik semangat umat Islam yang terkubur meskipun mendapat tentangan dari berbagai pihak atas berbagai sebab. Maklumat bebas disalurkan kepada umum walaupun sentiasa cuba dihalang oleh pihak tertentu, kita bebas mengetahui hakikat sebenar yang mereka cuba sembunyikan selama ini.
Tapi itu sahaja tidak memadai sekiranya kita benar-benar mahu membuktikan hakikat sebenar Islam kepada dunia, bahawa Islam bukan agama pengganas, dan Allah bukan tuhan kepada umat Islam sahaja.
Apakah salah setiap mereka yang bergelar yahudi dan kristian sehingga sebahagian kamu menghina dan menzalimi mereka sesuka hati? Bukan semua yahudi dan kristian itu zalim, bukan semua yang mengaku Islam itu adil. Tapi ramai dari kalangan kita sentiasa menganggap jahatnya orang yang bukan Islam, sedangkan kita tidak tahu bahawa suatu hari nanti mungkin merekalah yang akan menjadi pemimpin umat Islam yang lebih bertakwa dari kita. Tetapi Allah Maha Tahu. Bukankah nabi kita sendiri melayan baik orang-orang kafir yang ingin berdamai dan tidak berlaku zalim? Allah tidak menghalang kita berlaku baik. Ingatlah bagaimana kasihnya nabi kepada ayah saudaranya yang mati dalam keadaan kafir, dan bagaimana baiknya perilaku nabi sehingga pemimpin-pemimpin puak yang kafir memilih untuk berserah diri kepada Allah.
Laungan "mati yahudi" dan "mati amerika" tidak ubah seperti apa yang sebahagian mereka laungkan kepada kita. Mengapa harus kita libatkan orang yang tidak mengambil bahagian dalam kezaliman, malah mereka juga cintakan keamanan dan keperimanusiaan? Jika ingin benci, bencilah sifat zalim itu sendiri, bukan sesuatu kaum atau puak secara keseluruhan. Orang kristian dan yahudi juga ada yang menjadi ahli kitab, dan ahli kitab juga adalah penghuni syurga seperti yang dijanjikan oleh Allah sendiri. Sepertimana kita tidak suka orang mengganggap semua yang bergelar muslim itu pengganas, seperti itu juga orang-orang yang tidak berkenaan benci apabila dikumpulkan sekali dengan orang-orang zalim. Pernahkan kamu berfikir?
Usah berangan ingin menjadi khalifah di bumi sedangkan sikap mendiskriminasikan orang pun masih tidak dapat kamu buang.
Kami menghargai kerjasama mereka yang sudi menyampaikan maklumat terkini berkenaan perkembangan usaha-usaha masyarakat Islam di serata dunia kepada rakan-rakan dan kenalan. Kini kami berharap agar akan bertambah kuat juga usaha menyampaikan mesej-mesej Islam, tentang perilaku Islam yang sebenar, tentang pentingnya muhasabah diri. Jika tidak, berulanglah apa yang sentiasa berulang dalam sejarah. Keadilan runtuh dan kezaliman timbul kembali walau siapa pun yang menang dan menulis sejarah baru, sekiranya tiadanya orang Islam sebenar yang melakukan tanggungjawab seorang pendakwah.

Pendakwah yang kami maksudkan bukanlah yang hanya tahu mencela Amerika dan Zionis, bukanlah orang yang meminta supaya tampuk kuasa dipegang oleh masyarakatnya sendiri, dan bukan juga yang tidak kelihatan sinar kasih sayang dimatanya meskipun sesama orang Islam sendiri. Carilah pendakwah yang mengikut sunnah-sunnah nabi secara keseluruhan, bukan hanya mengambil bahagian-bahagian yang disukainya sahaja, bukan bahagian-bahagian yang melibatkan kemusnahan semata-mata. Pendakwah itu seharusnya menyampaikan mesej secara kesuluruhannya, dari hal kecil hingga besar, yang berkaitan hati dan perasaan, dan bermula dari perkara-perkara asas yang penting tetapi sering dilupai orang. Apa gunanya solat jika mengumpat, apa gunanya puasa jika masih bergaduh sesama Islam kerana politik, apa gunanya pergi ke haji jika pulangnya ke tanah air masih mengabaikan hak-hak jiran tetangga? Bangunlah umat Islam. Jihad senjata yang kamu perkatakan itu hanya sekadar di mulut, jihadlah terhadap nafsumu dahulu.
Kasihilah keluargamu, jiran tetanggamu, saudara-saudara Islam, dan orang-orang bukan Islam yang cintakan kedamaian. Bukankah Allah itu Maha Penyayang? Bukankah para nabi yang seharusnya dicontohi bersifat amat mulia? Atau adakah Islam kamu hanya di mulut dan di hujung pedang yang dihunus tidak bertempat? Jangan biarkan Iblis dan konco-konconya mengibarkan api dendam, prasangka, dan bongkak dalam hatimu. Ingat, itulah misi syaitan, menyesatkan manusia. Disangka itulah Islam, sedangkan nafsu semata-mata.
Sekiranya Palestin dan negara-negara Islam menang dalam perang darah dan perang dingin ini, maka jatuhlah tanggungjawab untuk menegakkan keadilan secara besar-besaran. Nabi memaafkan orang-orang kafir yang memusuhinya semasa membuka kota Mekah, jadi adakah kita pula akan melakukan sebaliknya dan melanyak-lanyak setiap orang yang kita sangka musuh tatkala kita menang? Berlaku adillah, Allah suka orang yang berlaku adil. Berkasih sayanglah sesama manusia dan majulah ke depan dengan ilmu yang terbentang luas. Islam itu bukan pengekang, Islam itu membebaskan manusia dari fikiran-fikiran yang sempit, tetapi kebanyakan kita tidak memahami. Jadi wahai saudara-saudari yang sudah memahami hakikat ini, apa yang kita tunggu lagi? Pelajari dan kenalilah agama Islam, di mana agama bermaksud cara hidup, maka kenalilah cara hidup Islam. Kemudian sebarkan supaya semua orang saling mengetahui.

Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. (Al-Ghashiya:21)
0 comments:
Post a Comment