Sekali sekala, saya akan menjelajah hasil2 penulisan berbagai jenis manusia di internet, samada blog mahupun berita. Dan dalam masa beberapa hari ini saya menemui satu penulisan yang menarik dari salah satu Ustaz yang pernah saya hormati. Saya baru sahaja setahun lebih mengenali ustaz ini yang sering muncul di kaca TV dan peribadinya sangat mengagumkan saya. Maka apabila saya membaca artikel-artikel terbarunya di blog beliau baru2 ini, saya berasa seperti saya baru sahaja melihat salah satu perwatakannya yang tidak pernah saya ketahui. Artikel tersebut menyebut tentang isu murtad di Malaysia; tentang bagaimana orang Kristian *ahem* (tiada niat prejudis di sini) di Malaysia sibuk membincangkan cara2 untuk memurtadkan orang2 Islam di Malaysia. Ini bukanlah isu tergempar kerana kita sudah sekian lama arif tentang isu ini sehingga sudah hilang sensitiviti, maka saya sangka Ustaz berkenaan akan lebih sihat dalam cara penyampaian isu ini. Namun sangkaan saya sedikit kecundang apabila artikel tulisannya telah menyebabkan beberapa orang Islam menjadi lebih kuat dengan sikap anti-Kristiannya.
Saya juga pernah dipermainkan oleh isu Illuminati suatu masa dahulu oleh pihak yang tidak dikenali. Pernah dengar isu Illuminati? Secara mudahnya, isu Illuminati ini lebih menjurus kepada tekaan masa hadapan di mana Dajjal akan muncul dan menimbulkan huru-hara. Isu ini bukan sahaja ditekankan kepada orang2 Islam, bahkan kepada semua yang beragama Abraham kerana kita semua percaya akan kemunculan Dajjal berdekatan hari kiamat. Penyokong2 isu ini menyebarkan ajaran berkenaan siapakah pendokong Dajjal, siapakah penyembahnya, apakah kekuatan mereka, apakah konspirasi2 mereka dan sebagainya. Dengan itu mereka menyeru agar kita meninggalkan beberapa perkara (yang sebenarnya samar2) dan menuduh sesetengah orang sebagai pengikut Dajjal. Mereka juga menyeru agar isu ini disebarkan agar kekuatan Dajjal itu runtuh dengan menjatuhkan pengikut-pengikutnya yang sudah wujud sejak sekian lama.
Pada asalnya saya dan kawan2 juga terpengaruh untuk menyebarkan isu ini seolah2 kiamat sudah hampir. Namun setelah beberapa masa berlalu, kami mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Mengapa orang2 yang mengaku alim dalam isu Illuminati ini terlalu banyak cuba meramal masa depan? Dan yang paling penting sekali, mengapa kita perlu risau tentang kemunculan Dajjal? Dajjal tetap akan muncul bila tiba masanya, dan sama ada masa itu sudah hampir mahupun masih jauh, perkara yang perlu kita lakukan masih sama. Iaitu kita perlu kuatkan iman, kita perlu dekat dengan Allah, kita perlu bersedia untuk hari pembalasan. Samada isu Illuminati ini wujud mahupun tidak, apa yang perlu kita lakukan sebenarnya semuanya sama sahaja. Cuma dengan kemunculan isu ini masyarakat menjadi semakin berpecah-belah dan salah-menyalah sesama sendiri. Maka kami sesali kefanatikan kami dengan isu itu dan kami telah tinggalkan isu Illuminati selama-lamanya.
Begitu juga dengan isu murtad di Malaysia. Memang, sesetengah orang akan mengatakan bahawa isu ini tidak sama. Kata mereka, bagaimana kami boleh duduk diam sedangkan orang Kristian sibuk berdakyah dengan orang Islam untuk menyebarkan ajaran bible? Tetapi orang yang lebih bijak akan bertanya pula kembali, mengapa tidak orang Islam keluar berdakwah seperti orang Kristian? Bukankah itu seruan asal kita, untuk berdakwah? Dakwah itu bukan hanya kepada orang bukan Islam sahaja, tetapi juga kepada orang Islam sendiri. Berapa ramai antara kita yang tahu hukum mandi junub? Berapa ramai pula antara kita yang tahu hukum-hakam tentang aurat sesama sepupu? Kerana itulah dakwah itu penting. Biarlah wujud mahupun tidak pendakyah Kristian, kewajipan berdakwah tetap wujud pada kita orang Islam sendiri. Apa yang membimbangkan saya ialah apabila kita terlalu fanatik dengan isu ini sehingga menjadi anti-Kristian dan sebagainya, atau yang lebih teruk lagi kita langsung hilang sensitiviti kerana benci akan orang2 yang fanatik. Seharusnya kita sebagai orang Islam lebih tahu, bahawa Allah sukakan orang yang bersederhana dalam melakukan sesuatu, tidak berlebih-lebihan, dan tidak juga terlalu kurang.

Apa yang paling menarik perhatian saya ialah apabila warga Islam di Malaysia menyatakan kerisauan mereka tentang pendakyah Kristian yang datang ke pintu2 rumah untuk berdakyah. Pihak yang terlalu sensitif menyatakan kerisauan mereka yang terlampau, manakala pihak yang langsung tidak sensitif mengatakan bahawa selagi iman kuat, tiada apa yang perlu dirisaukan. Dua2 pihak ada betul dan salahnya. Tahukah anda bahawa sesiapa sahaja yang pernah menetap di luar negara lebih dari 2 tahun pasti pernah menemui Jehovah Witness? Malahan saya yang tinggal di Jepun juga tidak terlepas. Kegiatan dakyah mereka sangat kuat sehingga mereka sentiasa berada di tepi2 jalan menyebarkan risalah, dan mereka juga sering datang ke rumah dengan tujuan berdakyah. Di Malaysia, perkara ini mungkin satu kejutan yang amat. Di negara lain, perkara ini satu kebiasaan sehingga orang sudah tahu cara2 berdepan dengan mereka. Kami tidak menghalau mereka atau memaki hamun mereka. Dan kami tidak pula membiarkan begitu sahaja tanpa berdakwah sesama sendiri agar kami tidak mudah dipengaruhi dengan perkara2 yang tidak baik. Apabila pendakyah datang ke rumah kami, kami akan menolak dengan baik dan dengan senyuman. Mereka memahami dan tidak akan mengganggu lagi. Bila sesetengah mereka terus-menerus mengganggu saban hari meskipun telah ditolak dengan baik, barulah kami laporkan pada polis kerana kegiatan itu sudah jelas2 melanggar undang2. Begitu juga dengan pendakyah2 di jalan yang sentiasa menghulurkan risalah mereka kepada kami. Kami tolak juga dengan baik dan dengan senyuman, walaupun kami menghadapi mereka setiap hari. Malah ada beberapa orang Islam negara lain yang lebih bijak dan cuba mendakwah mereka kembali dengan cara yang baik. Apabila jelas bahawa pendakyah itu tidak berminat dengan Islam, mereka tidak kembali ke situ lagi kerana bimbang didakwah kembali oleh orang Islam. Mengapa kita tidak boleh buat begitu?
Saya sendiri tidak pernah mengajak mereka duduk untuk bersembang, mungkin kerana saya tiada masa. Namun pernah suatu ketika, salah seorang wanita berumur menegur saya di kampus. Pada mulanya, saya menyangka dia ingin bertanya jalan, rupa2nya dia seorang pendakyah yang kebetulan melintasi kampus untuk pulang ke rumah. Kami pun berbincang sedikit sebanyak tentang kegiatan mereka. Tiada apa yang luar biasa pun, mereka sebagai Jehovah Witnesses tidak sama dengan aliran Kristian lain dan mereka wajib berdakyah setiap hari. Tidak hairanlah mereka begitu aktif. Setelah dia cuba memperkenalkan Jesus kepada saya, saya pun menerangkan kembali kepada dia bahawa saya juga mengenali siapa itu Jesus dan baginda pula memiliki kedudukan yang tinggi dalam agama kita. Apabila dia kelihatan terkejut, saya mengagak bahawa dia tidak tahu apa itu Islam. Maka saya pun menerangkan sedikit sebanyak tentang persamaan2 Kristian dan Islam. Akhirnya dia bergesa pulang ke rumah dalam keadaan memikirkan apa yang saya baru sampaikan. Saya tidak berasa bangga dengan apa yang saya telah lakukan, saya cuma berharap bahawa akan ada peluang untuk dia mempelajari dengan lebih dalam apa itu Islam dan kenapa orang Islam memilihnya berbanding Kristian.
Kini bila saya berpeluang bertemu dengan pendakyah biar di jalan mahupun di rumah, saya tidak gentar dan tidak pula benci pada mereka. Saya tahu memang segilintir kita terlalu kuat dengan sikap anti-kafir seperti kebanyakan ahli keluarga saya sendiri. Rasulullah sendiri tidak bersikap keji terhadap orang kafir dan menghormati mereka sebagai manusia. Mengapa kita tidak boleh buat begitu? Tetapi Rasulullah juga tidak membiarkan umatnya binasa sama ada dengan kefanatikan mahupun dengan sikap tidak ambil tahu. Rasulullah sentiasa menyuruh umatnya agar bersikap mulia dan berdakwah sesama sendiri dan juga bukan Islam. Agar iman kita sentiasa teguh, agar orang bukan Islam tahu apa itu Islam yang sebenar. Islam itu bukan menyuruh wanita ditindas, mahupun menyuruh kepada kekolotan. Islam itu jauh lebih indah daripada apa yang telah disogokkan kepada mereka, maka janganlah kita kotorkannya.
0 comments:
Post a Comment