The Little Jack

Sunday, November 2, 2014

| | | 0 comments
There was a guy among us, who was slightly older than most of us, and had a demeanor that strangely attracted many people, but I could not see what was so special about him. Yet, as long as he was gentle and did not mean any harm, I had no trouble hanging out with him, though I was skeptical with his words as I notice that he always praise people to get them working. He was a kind soul though. He himself worked hard, much harder than everyone else, and he was very supportive towards everyone. Maybe that's why they like him so much.

But I could never see him the way others figuratively worship him. I know kind people when I see one, and he is kind. I know diligent people when I see one, and he is indeed diligent. And I know creative people and geniuses when I see one, and he is not. He still uses the same old technique to make people listen to him. And needless to say, people around me are easy to sway. They are blinded by authority and opportunity. Being older and having more experiences in the field we were going to, I could say that he had authority.

But that authority only works on people who accept it that way. Since I held on to my belief that everyone in the batch is on equal grounds regardless of their backgrounds, I never treat anyone like they were seniors. I don't call them Mr. or Mrs.; I call them by their names like I do with everyone else. I don't care about their age or where they worked before. I don't care how much they earned before. As long as they are kind, I will treat them kindly. And if they are not, I will treat them appropriately. I never gave that guy any authority to make me work if I don't want to. He can play with his words to make me feel better and encouraged, but he must have not realized that there's a reason why I hate motivational books or talks.

Why? Because I'm motivated more than enough. Even if I occasionally fall into a slump, I do not need his flawed encouragement techniques to help me. They just don't work. Skepticals like us have our own ways to deal with slumps, so go with it.

Anyway, back to that suspicious guy. Well, actually he's not that suspicious. It's just that, it's just that, I wish he would stop trying to sell his ideas to me.


For some time now, he has been teaching people who to rejuvenate themselves using this EFT thingy. The way how people quickly buy into the idea make me realize that the mass is so easy to fool. A quick reading can tell that this technique is just like the millions out there; they don't work on everyone. And look, it's great that it works on him, and it's great that many people find it useful, but I know it doesn't work on me so I'm not even going to try it. Yes, I might try it one day when I find myself so bored and feel like doing things I've never done before, but for now, just spare me. I've said it before in another topic; if people insist that I must give my fans a chance to date me, then I will never have my life back since I have too many fans. That's because I'm just downright attractive and that's fact. Please do not compare me with themselves who rarely get people interested enough in them. I am not trying to bring them down, but sometimes they have to face reality. They do not know what troubles popular people are facing, so learn to accept that difference. 

Just like that, if he insists me to try EFT, then I will never get my life back because the zillions other promoters of other healing techniques will want me to try their techniques as well.

So to be fair, I'm just going to do what I want. It's my choice after all.

But what I'm trying to say is that actually, I was let down by his ways of thinking. He is a very good person, but he is trying too hard to win against people that he still doesn't realize has surpassed him too far. Luckily, he has his supporters. And you know, that is how cults usually begin.

And that is why I call him the little jack; because he is mighty enough to control the crowd before him, but he can never touch the real jack, much less the other three cards.

Isu murtad di Malaysia dari kaca mata bekas siswazah luar negara

Saturday, December 29, 2012

| | | 0 comments
 Sekali sekala, saya akan menjelajah hasil2 penulisan berbagai jenis manusia di internet, samada blog mahupun berita. Dan dalam masa beberapa hari ini saya menemui satu penulisan yang menarik dari salah satu Ustaz yang pernah saya hormati. Saya baru sahaja setahun lebih mengenali ustaz ini yang sering muncul di kaca TV dan peribadinya sangat mengagumkan saya. Maka apabila saya membaca artikel-artikel terbarunya di blog beliau baru2 ini, saya berasa seperti saya baru sahaja melihat salah satu perwatakannya yang tidak pernah saya ketahui. Artikel tersebut menyebut tentang isu murtad di Malaysia; tentang bagaimana orang Kristian *ahem* (tiada niat prejudis di sini) di Malaysia sibuk membincangkan cara2 untuk memurtadkan orang2 Islam di Malaysia. Ini bukanlah isu tergempar kerana kita sudah sekian lama arif tentang isu ini sehingga sudah hilang sensitiviti, maka saya sangka Ustaz berkenaan akan lebih sihat dalam cara penyampaian isu ini. Namun sangkaan saya sedikit kecundang apabila artikel tulisannya telah menyebabkan beberapa orang Islam menjadi lebih kuat dengan sikap anti-Kristiannya.

 Saya juga pernah dipermainkan oleh isu Illuminati suatu masa dahulu oleh pihak yang tidak dikenali. Pernah dengar isu Illuminati? Secara mudahnya, isu Illuminati ini lebih menjurus kepada tekaan masa hadapan di mana Dajjal akan muncul dan menimbulkan huru-hara. Isu ini bukan sahaja ditekankan kepada orang2 Islam, bahkan kepada semua yang beragama Abraham kerana kita semua percaya akan kemunculan Dajjal berdekatan hari kiamat. Penyokong2 isu ini menyebarkan ajaran berkenaan siapakah pendokong Dajjal, siapakah penyembahnya, apakah kekuatan mereka, apakah konspirasi2 mereka dan sebagainya. Dengan itu mereka menyeru agar kita meninggalkan beberapa perkara (yang sebenarnya samar2) dan menuduh sesetengah orang sebagai pengikut Dajjal. Mereka juga menyeru agar isu ini disebarkan agar kekuatan Dajjal itu runtuh dengan menjatuhkan pengikut-pengikutnya yang sudah wujud sejak sekian lama.

 Pada asalnya saya dan kawan2 juga terpengaruh untuk menyebarkan isu ini seolah2 kiamat sudah hampir. Namun setelah beberapa masa berlalu, kami mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Mengapa orang2 yang mengaku alim dalam isu Illuminati ini terlalu banyak cuba meramal masa depan? Dan yang paling penting sekali, mengapa kita perlu risau tentang kemunculan Dajjal? Dajjal tetap akan muncul bila tiba masanya, dan sama ada masa itu sudah hampir mahupun masih jauh, perkara yang perlu kita lakukan masih sama. Iaitu kita perlu kuatkan iman, kita perlu dekat dengan Allah, kita perlu bersedia untuk hari pembalasan. Samada isu Illuminati ini wujud mahupun tidak, apa yang perlu kita lakukan sebenarnya semuanya sama sahaja. Cuma dengan kemunculan isu ini masyarakat menjadi semakin berpecah-belah dan salah-menyalah sesama sendiri. Maka kami sesali kefanatikan kami dengan isu itu dan kami telah tinggalkan isu Illuminati selama-lamanya.

 Begitu juga dengan isu murtad di Malaysia. Memang, sesetengah orang akan mengatakan bahawa isu ini tidak sama. Kata mereka, bagaimana kami boleh duduk diam sedangkan orang Kristian sibuk berdakyah dengan orang Islam untuk menyebarkan ajaran bible? Tetapi orang yang lebih bijak akan bertanya pula kembali, mengapa tidak orang Islam keluar berdakwah seperti orang Kristian? Bukankah itu seruan asal kita, untuk berdakwah? Dakwah itu bukan hanya kepada orang bukan Islam sahaja, tetapi juga kepada orang Islam sendiri. Berapa ramai antara kita yang tahu hukum mandi junub? Berapa ramai pula antara kita yang tahu hukum-hakam tentang aurat sesama sepupu? Kerana itulah dakwah itu penting. Biarlah wujud mahupun tidak pendakyah Kristian, kewajipan berdakwah tetap wujud pada kita orang Islam sendiri. Apa yang membimbangkan saya ialah apabila kita terlalu fanatik dengan isu ini sehingga menjadi anti-Kristian dan sebagainya, atau yang lebih teruk lagi kita langsung hilang sensitiviti kerana benci akan orang2 yang fanatik. Seharusnya kita sebagai orang Islam lebih tahu, bahawa Allah sukakan orang yang bersederhana dalam melakukan sesuatu, tidak berlebih-lebihan, dan tidak juga terlalu kurang.





 Apa yang paling menarik perhatian saya ialah apabila warga Islam di Malaysia menyatakan kerisauan mereka tentang pendakyah Kristian yang datang ke pintu2 rumah untuk berdakyah. Pihak yang terlalu sensitif  menyatakan kerisauan mereka yang terlampau, manakala pihak yang langsung tidak sensitif mengatakan bahawa selagi iman kuat, tiada apa yang perlu dirisaukan. Dua2 pihak ada betul dan salahnya. Tahukah anda bahawa sesiapa sahaja yang pernah menetap di luar negara lebih dari 2 tahun pasti pernah menemui Jehovah Witness? Malahan saya yang tinggal di Jepun juga tidak terlepas. Kegiatan dakyah mereka sangat kuat sehingga mereka sentiasa berada di tepi2 jalan menyebarkan risalah, dan mereka juga sering datang ke rumah dengan tujuan berdakyah. Di Malaysia, perkara ini mungkin satu kejutan yang amat. Di negara lain, perkara ini satu kebiasaan sehingga orang sudah tahu cara2 berdepan dengan mereka. Kami tidak menghalau mereka atau memaki hamun mereka. Dan kami tidak pula membiarkan begitu sahaja tanpa berdakwah sesama sendiri agar kami tidak mudah dipengaruhi dengan perkara2 yang tidak baik. Apabila pendakyah datang ke rumah kami, kami akan menolak dengan baik dan dengan senyuman. Mereka memahami dan tidak akan mengganggu lagi. Bila sesetengah mereka terus-menerus mengganggu saban hari meskipun telah ditolak dengan baik, barulah kami laporkan pada polis kerana kegiatan itu sudah jelas2 melanggar undang2. Begitu juga dengan pendakyah2 di jalan yang sentiasa menghulurkan risalah mereka kepada kami. Kami tolak juga dengan baik dan dengan senyuman, walaupun kami menghadapi mereka setiap hari. Malah ada beberapa orang Islam negara lain yang lebih bijak dan cuba mendakwah mereka kembali dengan cara yang baik. Apabila jelas bahawa pendakyah itu tidak berminat dengan Islam, mereka tidak kembali ke situ lagi kerana bimbang didakwah kembali oleh orang Islam. Mengapa kita tidak boleh buat begitu?

 Saya sendiri tidak pernah mengajak mereka duduk untuk bersembang, mungkin kerana saya tiada masa. Namun pernah suatu ketika, salah seorang wanita berumur menegur saya di kampus. Pada mulanya, saya menyangka dia ingin bertanya jalan, rupa2nya dia seorang pendakyah yang kebetulan melintasi kampus untuk pulang ke rumah. Kami pun berbincang sedikit sebanyak tentang kegiatan mereka. Tiada apa yang luar biasa pun, mereka sebagai Jehovah Witnesses tidak sama dengan aliran Kristian lain dan mereka wajib berdakyah setiap hari. Tidak hairanlah mereka begitu aktif. Setelah dia cuba memperkenalkan Jesus kepada saya, saya pun menerangkan kembali kepada dia bahawa saya juga mengenali siapa itu Jesus dan baginda pula memiliki kedudukan yang tinggi dalam agama kita. Apabila dia kelihatan terkejut, saya mengagak bahawa dia tidak tahu apa itu Islam. Maka saya pun menerangkan sedikit sebanyak tentang persamaan2 Kristian dan Islam. Akhirnya dia bergesa pulang ke rumah dalam keadaan memikirkan apa yang saya baru sampaikan. Saya tidak berasa bangga dengan apa yang saya telah lakukan, saya cuma berharap bahawa akan ada peluang untuk dia mempelajari dengan lebih dalam apa itu Islam dan kenapa orang Islam memilihnya berbanding Kristian.

 Kini bila saya berpeluang bertemu dengan pendakyah biar di jalan mahupun di rumah, saya tidak gentar dan tidak pula benci pada mereka. Saya tahu memang segilintir kita terlalu kuat dengan sikap anti-kafir seperti kebanyakan ahli keluarga saya sendiri. Rasulullah sendiri tidak bersikap keji terhadap orang kafir dan menghormati mereka sebagai manusia. Mengapa kita tidak boleh buat begitu? Tetapi Rasulullah juga tidak membiarkan umatnya binasa sama ada dengan kefanatikan mahupun dengan sikap tidak ambil tahu. Rasulullah sentiasa menyuruh umatnya agar bersikap mulia dan berdakwah sesama sendiri dan juga bukan Islam. Agar iman kita sentiasa teguh, agar orang bukan Islam tahu apa itu Islam yang sebenar. Islam itu bukan menyuruh wanita ditindas, mahupun menyuruh kepada kekolotan. Islam itu jauh lebih indah daripada apa yang telah disogokkan kepada mereka, maka janganlah kita kotorkannya.